Monday, March 18, 2013

Sambutan Ulang tahun kelahiran adik Muhammad Danish Aiman yang ke 5 telah diadakan pada 18 Januari 2013 berlangsung dengan meriahnya. Happy Birthday Aiman!
 

Tuesday, June 28, 2011

Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Selangor.







Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 19/06/2011 bertempat di PJS 4/19,Taman Medan.Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Tan sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sukaneka Tahunan Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2011


Sukaneka tahunan Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2011 di Padang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sungai Pusu.

Persiapan & Raptai Sukaneka Tabika Perpaduan.



Pada 25 Jun 2011 guru,penolong guru & pegawai-pegawai Jabatan Perpaduan Gombak membuat persiapan padang dan raptai sukaneka di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Monday, June 13, 2011

Sambutan hari lahir dan mesyuarat guru

Berkenalan dengan Pegawai PPD baru.



Pada 13 Jun 2011 telah diadakan mesyuarat bulanan guru & penolong guru dan sambutan hari lahir pegawai & guru-guru. Di tabika perpaduan Taman Bersatu B, Rawang.

SEJARAH TABIKA PERPADUAN PANGSAPURI NURI

Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri dibuka pada tahun 1994. Kelas ini adalah perpindahan daripada kelas Tabika Perpaduan Kampung Selayang Bahagia (B) ke dewan orang ramai milik pemaju perumahan Ideal Height Corporation Sdn. Bhd. Kelas ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat YB. Paduka Hajah Zaleha binti Ismail. Guru yang berkhidmat sekarang ialah Siti Rahayah binti Kadiman dan penolong guru Pn. Afidah binti Ahmad. Pengerusi JPTP Tn. Hj. Zainudin bin Aris.
Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri
Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Pn. Siti Rahayah binti Kadiman