Thursday, December 30, 2010

Majlis Perasmian Kabin Kawasan Rukun Tetangga dan Penyerahan Peralatan Skim Rondaan (SRS) 2011


Pada 6 Mac 2011 diadakan majlis perasmian kabin kawasan rukun tetangga dan penyerahan peralatan skim rondaan (SRS) di Taman Rawang Perdana. Dirasmikan oleh Yg. Berbahagia Tuan Hj. Halim b. Omar Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


Program Pintar di Sabah 2010.






Senam 1 Malaysia 2011




Pada 20 Februari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di Taman Bersatu B, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Gombak telah menjadi tuan rumah untuk aktiviti Senam 1Malaysia bagi dua Daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor. Kedua-dua pegawai dan Guru serta Penolong Guru terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan serentak di beberapa buah daerah di Negeri Selangor.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH JPTP



Pada 27 Februari 2011 telah diadakan majlis Penyerahan Watikah dan Perlantikan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Daerah Gombak di Dewan Sri Gemilang.

SEJARAH TABIKA PERPADUAN PANGSAPURI NURI

Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri dibuka pada tahun 1994. Kelas ini adalah perpindahan daripada kelas Tabika Perpaduan Kampung Selayang Bahagia (B) ke dewan orang ramai milik pemaju perumahan Ideal Height Corporation Sdn. Bhd. Kelas ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat YB. Paduka Hajah Zaleha binti Ismail. Guru yang berkhidmat sekarang ialah Siti Rahayah binti Kadiman dan penolong guru Pn. Afidah binti Ahmad. Pengerusi JPTP Tn. Hj. Zainudin bin Aris.
Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri
Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Pn. Siti Rahayah binti Kadiman