Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 19/06/2011 bertempat di PJS 4/19,Taman Medan.Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Tan sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sukaneka tahunan Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2011 di Padang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sungai Pusu.
Pada 25 Jun 2011 guru,penolong guru & pegawai-pegawai Jabatan Perpaduan Gombak membuat persiapan padang dan raptai sukaneka di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Pada 13 Jun 2011 telah diadakan mesyuarat bulanan guru & penolong guru dan sambutan hari lahir pegawai & guru-guru. Di tabika perpaduan Taman Bersatu B, Rawang.
Pada 22 5 2011 guru guru dan kakitangan daerah Gombak telah menyertai sukan Super Hotsport peringkat Negeri Selangor untuk permainan futsal, pingpong dan karom.
Pada 21 05 2011 sambutan Hari Guru peringkat Negeri Selangor telah diadakan di INTEKMA Shah Alam. Sambutan tahun ini bertemakan GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah.
Pada 7 Mei 2011 bertempat di The Store Banting telah berlangsung pertandingan bowling anjuran Badan Kebajikan JPNIN Negeri Selangor. Tujuan pertandingan diadakan untuk memilih pemain bagi mewakili Negeri Selangor dalam sukan Hotsport peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang. JPNIN Gombak menduduki tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Hadiah disampaikan oleh Y.Bhg. Tn Hj Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor.
Pada 9 April 2011 telah diadakan aktiviti gotong royong di Tabika Perpaduan Taman Bersatu B oleh guru-guru tabika perpaduan daerah gombak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melukis mural disekeling bangunan. Turut hadir ialah En Magedran a/l Muniandy PJK Tim Pengarah JPNIN Negeri Selangor.
Pada 17 Mei 2011 sambutan hari pekerja & hari guru telah diadakan di JPNIN Daerah Petaling. Dirasmikan oleh Yg. Berbahagia Dato' Azman Amin Bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN & tetamu khas ialah Dato' Haji Omar Bin Haji Osman, Presiden CUEPACS.
Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri dibuka pada tahun 1994. Kelas ini adalah perpindahan daripada kelas Tabika Perpaduan Kampung Selayang Bahagia (B) ke dewan orang ramai milik pemaju perumahan Ideal Height Corporation Sdn. Bhd. Kelas ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat YB. Paduka Hajah Zaleha binti Ismail. Guru yang berkhidmat sekarang ialah Siti Rahayah binti Kadiman dan penolong guru Pn. Afidah binti Ahmad. Pengerusi JPTP Tn. Hj. Zainudin bin Aris.
Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri
Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.